Posts

Showing posts from February, 2021

Pembakar Semangat

Image
 HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI ! Assalamualaikum dan selamat pagi rakanx sekalian, kali ini aku nak kongsikan insan yang menjadi kekuatan aku sewaktu menjalani latihan di ATD. Berada di sini perlukan kekuatan segala aspek yang tinggi dan aku menjadikan beberapa insan sebagai pemangkin semangat untuk teruskan dan jalani latihan dengan sepenuh hati. Pada aku, konsep aku jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk memastikan diri ini cekal dan mampu terima segala cabaran disini.  KELUARGA Kekuatan yang paling utama sewaktu aku berada di dalam ini. Aku bukan berasal dari keluarga yang senang tambahan pula aku merupakan anak sulung dari enam adik beradik. Jadi perkara tersebut menjadi tanggungjawab aku untuk galas dan memberikan contoh yang baik kepada kedua ibu bapa serta adikx yang lain. Itu adalah pembakar semangat aku dikala saat tiada semangat dan  malas. Pesanan dari ibu bapa hendaklah kalian ikut dan patuh. Jangan sesekali abaikan dan tidak...

Tips untuk Pegawai Kadet untuk ke Akademi Tentera Darat

Image
Assalamualaikum dan selamat petang, Tahun baru, azam baru. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas limpah rezeki dan kurniaanya dapat menulis wancana yang tak sebeberapa ni, seperti yang kalian tahu, aku sudah berada di Akademi Tentera Darat hampir 5 bulan dan pelbagai kisah yang menarik dan ilmu yang banyak bersama skodx disini. Kalini aku nak kongsikan peralatan yang menjadi keperluan utama disini dan memudahkan kalian untuk membuat persediaan didalam nanti pada yang ingin menjalani latihan disini. 1. Kasut hitam - digalakkan beli DUA pasang jenis kulit yang sukar merekah disini setiap hari wajib pakai kasut kulit hitam untuk makan, prep dan pakaian Planters Orders (PO). 2. Kiwi/Starwax -ini wajib beli lebih kalau nak mudah beli LIMA tin kiwi atau lebih sebab setiap hari kalian akan mengiwi atau menghitamkan kasut spike, PO mahupun drill boot. Jadi belilah lebih yeeee 3. Gutters - benda ini getah untuk hujung seluar loreng korang boleh beli dekat kedai uniform atau peralatan...