Tips untuk Pegawai Kadet untuk ke Akademi Tentera Darat
Assalamualaikum dan selamat petang,
Tahun baru, azam baru.
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas limpah rezeki dan kurniaanya dapat menulis wancana yang tak sebeberapa ni, seperti yang kalian tahu, aku sudah berada di Akademi Tentera Darat hampir 5 bulan dan pelbagai kisah yang menarik dan ilmu yang banyak bersama skodx disini. Kalini aku nak kongsikan peralatan yang menjadi keperluan utama disini dan memudahkan kalian untuk membuat persediaan didalam nanti pada yang ingin menjalani latihan disini.
1. Kasut hitam - digalakkan beli DUA pasang jenis kulit yang sukar merekah disini setiap hari wajib pakai kasut kulit hitam untuk makan, prep dan pakaian Planters Orders (PO).
2. Kiwi/Starwax -ini wajib beli lebih kalau nak mudah beli LIMA tin kiwi atau lebih sebab setiap hari kalian akan mengiwi atau menghitamkan kasut spike, PO mahupun drill boot. Jadi belilah lebih yeeee
3.Gutters - benda ini getah untuk hujung seluar loreng korang boleh beli dekat kedai uniform atau peralatan tentera mahupun online shopping disyorkan beli DUA atau TIGA sebagai simpanan sekiranya yang issue rosak atau hilang.
4. Thigh - boleh beli TUJUH helai atau lebih beli yang panjang ataupun 3/4 yang murah pun okay janji thigh selesa untuk dipakai dan mengikut kemampuan masing masing. Thigh ni keperluan wajib semasa pakai pakaian loreng dan aktiviti lasak untuk elakkan melecet dicelah kangkang.
5. Waist band- Boleh DIY atau beli dikedai pakaian mahupun online shopping DUA atau TIGA. Kegunaan dia untuk nampak kemas dan tegang baju PO mahupun kemeja untuk majlis-majlis disini.
6. Inner loreng- belilah DUA helai untuk jadikan sebagai layout untuk bagpack PLM @ FSMO. Warna SAND
7.Rantai Dog tag- beli DUA saiz standard stainless steel untuk simpanan sekiranya putus mahupun berkarat.
8. Shaver/Pencukur - benda ini wajib ada lebih kalau beli SEPULUH belum tentu cukup. Pastikan kalian beli pencukur ini jenis yang berkualiti dan boleh guna untuk masa yang lama. Biar bayar mahal sikit asalkan tak gusar bila ada spot check masa baris atau lepas PT
9. Peralatan basuh pakaian - Sabun serbuk tu belilah yang berkualiti dalam 10 kg. Contoh macam Downy. Baldi beli yang jenis besar yang boleh letak pakaian kotor banyak dan senang untuk rendam. Berus belilah DUA jenis senang untuk sental dan sederhana. Pewangi baju jugak beli lah banyak senang dan tak perlu risau kalau tak boleh keluar untuk outing. Clorox beli DUA saiz sederhana untuk sental daki atau cadar yang kotor dengan mudah.
10. Peralatan mandi- Semua benda kalau boleh beli lebih dengan situasi sekarang yang diancam wabak Covid-19 jadi beli je lebih tak rugi pun.
11. Pewangi bilik- Ini bolehlah beli SATU bundle yang ada tiga tu untuk mengharmonikan bau dibilik dalam keadaan baik dan tidak berbau.
12. Kemeja - beli warna yang satu kaler sahaja erti kata lain PLAIN warna cerah, SATU sudah cukup.
13. Kasut sukan - Belilah DUA pasang yang boleh menjamin keselamatan kaki kalian, pastikan kasut tersebut berkualiti walaupun bundle sekali pun. Jangan membazir beli kasut banyakx nanti akan diseragamkan .
14. Penyapu, dan sekumpulannya - bawa sekali untuk bilik kalian mudah tak menyusahkan sesiapa.
15. Speaker - bawalah untuk hiburan dikala waktu lapang dan pastikan cari speaker yang ada jam dan radio.
16. Fitness diri - ini penting, WAJIB lakukan di luar sebelum menjalani latihan disini. Ramai yang mengalami kecederaan rentetan tidak melakukan persediaan awal sebelum ke sini.
Mungkin ada lagi peralatan yang penting tapi buat masa sekarang ini sahaja berada dipemikiran aku. Wancana aku kalini harap dapat membantu kalian sebagai rujukan dan panduan untuk menjalani latihan disini . Pastikan diri dalam persiapan rapi dan sedia menerima segalanya yang ada disini.
KESENANGAN TIDAK HADIR DENGAN KEPERITAN SEBELUMNYA !
Melapor 11 September 2020
Angkat Sumpah 14 September 2020
Comments
Post a Comment