PERTEMUAN AKAN PERPISAHAN
Bismillah dan selamat buat pembaca sekalian. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan diberi rezeki yang melimpahdengan izinNya. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT memberikan kesihatan dan kekuatan selama perjalanan aku disini dan tidak lama lagi akan memulakan perjalanan yang lebih mencabar didalam organisasi tentera.
Selama 7 bulan dan beberapa bulan lagi baki-baki latihan , pelbagai aktiviti dan cabaran yang telah ditempuhi dan pertelingkahan bersama-sama didalam satu intake mahupun kompeni. Harini aku nak kongsikan betapa pentingnya kerjasama dan persefahaman antara satu sama lain disini, bermula dari 'buddy' bilik, seksyen, platun mahupun kompeni dan intake.
Buddy
Bila korang melapor disini korang akan dapat buddy sama ada mengikut seksyen, atau platun mengikut pengurusan pihak disini. Mungkin buddy bilik ada seorang ataupun 3 orang, macam aku ada seorang je buddy nama panggilan dia PK Sjn Ariff Sholeh (Si Itik) selama beberapa bulan dan PK Amirul Tahir (Si Labi). Buddy ni tugas dia mudah je kena tentukan satu sama lain seperti contoh baris awal (punctual), beri komitmen untuk seksyen, platun mahupun kompeni tanpa gagal dan kebersihan bilik dalam keadaan yang terbaik. Selain tu, dorang jugak boleh jadi pendengar luahan masalah dan gelagat skodx korang sebagai hiburan disamping mengeratkan silaturahim antara buddyx korang. Pastikan korang dengan buddy kena satu kepala atuapun boleh bekerjasama satu sama lain. Bukan apa senang nak buat kerja dan memupuk semangat bersatu lagipun korang akan duduk sekali sampai tamat latihan, mungkin 9 bulan takpun 10, 11 silap setahun bersama sama harungi cabaran. Hehehehe. Setakat ini, alhamdulillah pergaulan aku dan buddy tiada masalah. Kita jaga kita. Andai kata korang dapat buddy jenis bermasalah, boleh nasihat ataupun tegur mana yang kurang atau lemah.
|
PK Sjn Ariff Sholeh (Si Mulut Itik) |
|
PK Amirul Tahir (Si Labi)
|
SeksyenSeterusnya, secara amnya ada dalam 9 ke 10 orang dalam satu seksyen. Organisasi seksyen ni ada 1X ketua seksyen dan 1X 2IC seksyen (penolong ketua seksyen). Dalam sesebuah platun akan ada 3X seksyen. Tugas seksyen ni akan berfungsi sewaktu aktiviti medan tapi disini hanya perlu tentukan kebersihan dan kehadiran dalam setiap perjumpaan ataupun perbarisan. Ahlix seksyen aku semua lelaki lalu tak jadi satu masalah dalam urusan pentadbiran dan komunikasi serta pembahagian tugas. Seksyen aku , PK Rozi, PK Muiz , PK Zulfadzli (Aquaman), PK Hazizie (Jijot), PK Firdaus, dan PK Amirul Syafiq (Nash). Setakat ini, semua ahli seksyen berikan kerjasama dan tidak buat hal sendiri sekiranya ada tu itu masalah peribadi ataupun sikap. *Eh eh eh. Walaupun ia organisasi kecil, tapi korang akan perolehi dan pupuk semangat kepimpinan yang boleh dibawa kelak dimasa akan datang serta keyakinan diri untuk memberi arahan dan bercakap dihadapan khalayak ramai.
Platun
Organisasi platun pulak ada 1X JUO ( ketua platun) 3X ,Kadet SJN, 1X bendahari, dan 1X setiausaha (ketua seksyen) seramai 23-30 ahli kumpulan dalam sesebuah platun. Tugas ketua platun kena tentukan kadet sjn ni buat tugasan dan pantau anak buah@ahli kumpulan tidak melakukan benda yang pelik, dan patuh akan perintah yang diberikan. JUO kitaorang, PK PRM Amirul Azahar (Aboy), Kadet Sjn Seksyen 1 PK Sjn Athirah, dan Seksyen 2 Pk Sjn Ridzuan (Zam). Bendahari PK Dzulhakim (Panglima) dan setiausaha PK Faisal (Ejay). Tak semua nama diatas ni atas sukarela, ada yang kena lantik serta merta atas sebab tertentu dari segi kelulusan, kepimpinan ataupun tak ada pilihan lain dah. 😗
Kompeni
Nama kompeni aku Abdul Rahman dalam satu kompeni ni ada dalam 60-80 orang, terbahagi kepada 3 platun dan organisasi kompeni ni akan ada 1X SUO, 3X JUO , 9X Kadet Sjn, 1X Bendahari dan 1X Setiausaha. Ia satu organisasi yang besar dan tanggungjawab pemakai pangkat ini adalah berat dan perlukan kekuatan mental dan fizikal yang cukup. Tugas dalam kompeni ini akan beri arahan yang diperoleh dari pegawai atasan dari segi pentadbiran mahupun arahan tertentu. Sepanjang latihan korang , akan bersama sama mengharungi cabaran di dalam kompeni. Jadi pastikan hubungan korang seramai 60-80 orang dalam keadaan baik dan jangan ada pertelingkahan yang lama. Seeloknya berbuat baik dan jangan sabo.
Akhir sekali, semoga korang akan kecapi citax korang dan hubungan korang didalam sesebuah organisasi kecil mahupun besar dalam keadaan yang baik dan mana yang keruh amiklah yang jernih.
Sekian.
|
Abdul Rahman |
Instagram : @sayamabr
Comments
Post a Comment