Persediaan melapor ke Pasukan

'Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri' Assalamualaikum dan Selamat Pagi Tuanx dan Puanx.Alhamdulillah masih bernyawa dan diberi kekuatan dalam menempuhi alam pekerjaan disamping memerangi wabak yang tidak dapat dilihat mata kasar. Kali ini aku nak kongsikan beberapa persediaan aku dalam persediaan melapor ke pasukan. Untuk makluman semua, ia adalah satu proses yang agak sibuk dan perlu pantas dalam melengkapkan segalanya sebelum lapor ke pasukan masingx. Macam aku dapat cuti selama 2 minggu yang penuh dengan tugasan yang perlu disiapkan dan membeli jiwa dengan menikmati masa bersama keluarga dan tercinta. Jadi luangkanlah masa sebaik mungkin bersama keluarga tercinta. Berbalik pada persediaan sebelum melapor ke pasukan, benda yang korang kena buat pertama sekali cuba dapatkan no telefon pegawai yang paling muda didalam pasukan tersebut untuk maklumkan yang korang akan melapor ke pasukan tersebut. Mereka akan bantu korang dalam persediaan dan keperluan yang diperlukan untuk melapor. Cara untuk melapor didalam whatsapp atau medium berhubung perlulah disusun dan teratur. Jangan terus tanya tanpa perkenalkan diri, tujuan dan perkara yang ini ditanya. Apa yang korang boleh buay, cuba dapatkan no telefon semua pegawai di pasukan tersebut berserta alamat atau NOK Pegawai. Maklumat tersebut membantu korang dalam urusan persuratan dan lainx. Seterusnya, surat ke pasukan. Untuk bab ini apa yang aku boleh kongsikan adalah korang perlu hantarkan semua pegawai didalan pasukan tersebut berserta AJK Wisma seperti contoh YDP, NYDP,Setiausaha dan Bendahari Wisma. Ini kerana korang pada setahun dua akan menginap di Wisma masingx. Jadi korang perlu perkenalkan diri dan memohon untuk mendapatkan penginapan dan makan minum di tempat tersebut. Pastikan korang letakkan butiran peribadi pada semua pegawai untuk rujukan mereka. Untuk pegawai kanan atau pegawai memerintah untuk kertas pertama, korang kena pakai kertas saiz A4 keras atau nama lain Conque, ini tak rigid, bergantung pada pasukan masingx. Dan perkara yang paling pentting Format Surat tersebut atau SD.Korang boleh refer MAFJP (buku panduan untuk persuratan) Untuk sampul surat pastikan ambil saiz 4.5x9.5 warna putih kosong penuh supaya tak kembung sewaktu masukkan surat melapor dan butiran peribadi. Cara lipatan surat pun main peranan penting, jadi korang tanya pada yang pakar boleh pada pegawai atasan, dan JL pusat latihan. Okay, perkara seterusnya adalah pakaian. pastikan pakaian dan kelengkapan mencukupi dan peribadi untuk kegunaan disana seperti contoh printer, laptop, pakaian berkolar, dan barangx keperluan mandi dan kelas. Oleh itu, simpanlah duit sebaik mumgkin untuk masa akan datang. Selaih itu, fitness dan fizikal perlulah dalam keadaan baik dan fit supaya ada ketahanan diri dan mampu menjadi contoh pada anak buah yang lain. Akhirkata, apa yang aku nak sampaikan adalah segala apa yang akan berlaku pastikan dan perbetulkan niat dalam setiap masa supaya kita tidak mudah dipengaruhi dan menjadi seorang pegawai yang teguh pendirian disaat geting. Doakan aku agar dipermudahkan urusan dalam bidang ini. Pada siapa yang berminat boleh mohon. Semoga kita terpelihara dari segala anasir jahat dan perkara yang memudaratkan kesihatan dan diri. Sentiasa Positif! Instagram @sayamabr

Comments

Popular posts from this blog

Tips untuk Pegawai Kadet untuk ke Akademi Tentera Darat

Buddy ? Seksyen ? Platun ? Kompeni ?