Selamat Tinggal ATD PKG Siri 35/2020


Bismillah, tanggal 05 & 06 Ogos 2020 merupakan tarikh keramat bagi pegawai kadet graduan Tentera Darat Siri 35 tahun 2020 ditauliahkan dan dipakaikan pangkat Leftenan Muda (Lt M) oleh Panglima Tentera Darat. Setelah 11 bulan memerah keringat dan cabaran fizikal mahupun mental akhirnya seramai 191 PK telah ditauliahkan serta dipakaikan pangkat mengikut unit masingx. Untuk majlis tersebut ada 2 sesi iaitu pada 5 Ogos (RAMD, RRD, RS, KAD dan RSD) manakala 6 Ogos (RAJD, RAD, KPA, KKD, KRD, KPD, KJLJD, KAGAT,  dan KOD). Sesungguhnya detik tersebut akan segar dalam ingatan meskipun tidak ada perbarisan kawad kaki namun ada penularan wabak covid-19 ia telah mengantikan majlis tersebut serta  menjadi simbolik bagi majlis tersebut. 

Sebulan sebelum hari jadinya, kami telah melakukan raptai setiap hari disebelah pagi manakala petang fitik dari segi persiapan tempat dan segalanya. Hari demi hari, bersilih ganti dan berlalu pergi. Raptai demi raptai, demi menjayakan majlis pemakaian tersebut. Secara keseluruhan masingx tidak kira para jurulatih, pegawai dan PK memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung tenaga dan waktu demi menjayakan majlis tersebut. Disamping menyiapkan tempat, kami juga menyiapkan persiapan peribadi segi pakaian dari atas sehingga bawah bagi kelihatan kemas dan teratur. Banyak kerenah dan lagat dari PK yang akan timbul waktu itu mana taknya kena siapkan dua kerja dalam satu masa (fitik dan pemeriksaan pakaian). Ada jugak ilmu dalam iron baju dan seluar , cara nak tajamkan hujung seluar dan lengan baju (side) antaranya menggunakan tepung kanji, cara lipatan lengan bushjacket (lipatan Jet) dan lainx. 

Pada aku, ATD merupakan tempat permulaan untuk memulakan atau menceburi bidang ketenteraan pada usia yang sudah lewat (23-27 tahun), meminati ketenteraan dan graduan Ijazah dari IPTA mahupun IPTS bukan dari UPNM. Sesungguhnya jauh lagi perjalanan dalam karier tentera untuk tempuhi dan berharap agar Allah memberikan jalan yang baik serta apa yang akan berlaku adalah satu proses yang baik demi menjadi seorang Pegawai Muda Tentera Darat.  Betulkan niat dan tujuan tuanx puanx sekiranya berminat masuk ke organisasi ini. Pastikan mental dan fizikal dalam keadaan yang terbaik. 

Tahniah pada semua skodx PKG 35/2020 yang telah dipakaikan pangkat dan mana yang tidak berjaya aku harap korang jangan bersedih dan nescaya rezeki diluar pasti lebih luas. Aku doakan korang semua akan berjaya sehingga ke peringkat yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan awam. Buat tenaga pengajar, jurulatih dan pegawaix yang telah bersama kami selama 11 bulan, saya nak ucapkan ribuan terima kasih diatas segala ilmu yang diberikan demi melahirkan seorang pegawai muda yang berketerampilan dan bijak dalam menangani segala cabaran dan tugasan yang diberikan. 

Lain tak ada apa 2359 Light Off !

p/s : Doakan aku juga berjaya dalam karier ketenteraan jugak :).

ig @sayamabr


06 Ogos 2021 / Dewan Auditorium Sebatang Karah, Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, PD, Negeri Sembilan.


Comments

Popular posts from this blog

Persediaan melapor ke Pasukan

Tips untuk Pegawai Kadet untuk ke Akademi Tentera Darat

Buddy ? Seksyen ? Platun ? Kompeni ?